BERSAMAKU MENJADI USAHAWAN SEJATI.
Salam, Apa khabar semua. Aku doakan semoga kita semua berada dalam perlindungan Allah swt hendaknya. Sekarang ni cuaca betul-betul tidak menentu, kadang nampak macam nak hujan, tapi tak hujan-hujan, dan kekadang nampak macam cuaca elok saja, tapi jap jer dah hujan yang sangat lebat. Maka di sini kita boleh ambil ikhtibar bahawa, kita tidak berkuasa menentukan samada hujan atau panas. Yg penting kita harus terus melaksanakan apa yang kita rancang semada hujan atau panas. Kalu hujan tentu ada sedikit cabaran dan kita tidaj seharus menjadikan alasan hujan untuk kita tidak melaksanakan rancangan kita.
Bagi anda yang baru berjinak dengan MLM atau business, janganlah ambil mudah untuk terus join dan melakukan terus sesuatu business dan terus mempromosikan yg inilah yg terbaik. Lepas 2-3 bulan, yg lain pula yg terbaik dan seterusnya. Maka anda sebenar telah tertipu dengan masa. Anda akan kehilangan masa dan juga reputasi dan integriti anda. Sebelum anda membuat keputusan nak buat business, biarlah anda bersedia dan membuat sedikit research terhadap kemampuan diri dan hakikat business tersebut.
Kita sepatutu tahu apakah etika sebagai seorang usahawan. Kita kena tahu apakah yg menjadikan bisness menjadi Haram atau Harus. Make sure kita tidak terlibat dalam pekara-pekara subhah. Jangan membiarkan emosi dan sentimen sebagai modal business anda. Kita perlu ada keperibadian Islam dan menjadi contoh terbaik sebagai usahawan Islam. Usahawan Islam bukan sahaja menjalankan perniagaan bersama-sama orang Islam sehaja namun usahawan Islam sepatutnya meneruskan Etika Islam semasa menjalankan perniagaan bersama orang bukan Islam. Dan kita mengharapkan keperibadian kita menjadi suatu tarikan dan dakwah Islamiah yang di bawa oleh junjungan kita Nabi Muhammad saw.
Sekian dahulu, jumpa lagi.
Zul
Salam, Hari ni di Balik Pulau panas terik sesudah bebehari mendung dan hujan. Alhamdulillah kehidupan aku sekeluarga tenang dan cuma kami sekeluarga byk membaca surah Yasin supaya anak aku yg sulung dpt menghadapi SPM dgn penuh ketenangan dan berjaya mencapai tarqet beliau.
Perjalanan business agak sibuk. Alhamdulillah perkembangan SN semakin rancak. InsyaAllah, tak lama lagi berbondonglah usahawan yang akan menjadi rakan niaga SST. Kita sebagai manusia mesti terus bergerak untuk memajukan diri menjadi Cemerlang. Kita yang beragama Islam harus menjadi contoh teladan kepada diri kita dan keluarga untuk terus beramal dengan Islam dan berjaya di dunia dan akhirat.
Saya begitu Yakin dengan ilmu yang di ambil dari AlQuran, Al Sunnah, Ijma dan Qias serta dari ulama-ulama dan guru-guru yang berjaya sudah pasti kita akan berjaya. Ini bermakna kita harus mempunyai Ilmu yang betul dan benar dahulu. Jika kita bermula dengan Ilmu yang salah, maka kita takut ianya membawa kita kearah kebinasaan.
Bagi anda yang selalu datang ke blog aku dan mendapati aku tak update, aku pohon maaf atas kelemahan diri aku. Aku sebenarnya boleh dikatakan pergi belajar siang malam untuk memajukan diri aku menjadi orang yang lebih baik. Mudah mudahan Allah swt membantu aku dan kita semua.
Tuan-tuan dan puan-puan, adakah kita mengenali diri kita? Kadang-kadang kita masih belum berjaya mencapai Impian kita kerana sebenarnya kita tidak mengenali diri kita sendiri. Kita tak tau kekuatan dan kelemahan kita yang perlu digunakan dengan betul. Asset kita adalah diri kita dan seluruh angota badan kita dan asset paling utama adalah Hati dan Otak ya dapat merasa dan berfikir. Jika kita dapat belajar dan mengenali otak dan hati kita maka kita akan mengenali Allah swt yg menjadikan kita dan dari situlah kita akan mendapat suntikan semangat untuk menjadi cemerlang di dunia dan akhirat.
Ingat banyak pekara salah yang kita lakukan tampa kita sedari, maka aku menyeru diri sendiri dan anda semua marilah kita terus menjadi pengali ilmu dan akhirnya kita juga menjadi pengamal ilmu dan sudah tentunya insyaAllah kita akan menjadi seorang Jutawan Cemerlang dengan kehidupan bersama keluarga yang bahagia.
Smart Naco dan SST selalu menekankan akan kepentingan mencari ilmu ini. Jadi jika kita terus bersama kumpulan ini, saya yakin kita akan menjadi bertambah kuat dan menjadi contoh untuk orang lain. Moga –moga SST juga memberi sumbangan perkembangan usahawan Islam.
Ok sekian dulu. Jika anda mahu kenal SST dan menyertainya sila hubungi aku dan anda boleh terus menghadiri majlis-majlis ilmu SST.
Terima Kasih
Zul
Salam,
Apa khabar semua. Saya doakan semua dalam keadaan bahagia bersama
keluarga.
Perjalanan business saya bersama Smart Naco seperti biasa. Cuma nak
bercerita tentang pertemuan saya dengan en Khairul dari KL. Beliau
adalah ahli dan customer saya yang agak lama, boleh dikata sudah
melebihi 3 tahun. Beliau akan order susu igG plus melaui sms dan
saya akan hantar melalui pos laju. Ketika berjumpa beliau, 3 tahun
lalu, beliau mempunyai tahap darah yang kotor kerana buah pinggang
tidak beroperasi dengan sempurna. Beliau dan isteri telah mencuba
belbagai keadah untuk cuba mengelak dari dialisis, namun perjumpaan
saya dengan dia minggu lepas di Hotel B Suite Penang betul-betul
satu testimoni yang cukup hebat. Jika orang tidak mengenali beliau,
beliau bekerja kuat sebagai boss salah satu kementerian, baru pindah
katanya. Belaiu sebelum ni mengajar di UIA Gombak. Beliau hingga
sekarang tak perlu dialisis walaupun darah beliau tak normal. Beliau
terus beramal dengan IgG plus. Katanya beliau ingin terlibat dalam
business Smart Naco. dan insyaAllah kalu beliau hadir di perjumpaan
Smart Naco, bolehlah kita dengar testimoni dari En Khairul ini.
Jadi rakan-rakan SST, teruslah memasarkan susu IgG Plus kerana orang
ramai di luar sana sangat-sangat memrlukan produk kita yang
berkualiti. Buatlah promosi besar-besaran, nescaya dengan niat
membantu orang lain, Allah swt akan membantu kita mencapai Impian
kita. InsyaAllah
Jika anda ingin bersama saya menjadi usahawansejati yang membina
diri kita berniaga dengan mempunyai etika Amanah, Benar, Jujur,
Bersikap Adil, Warak, Pemaaf, Empati, Bijaksana, berhikmah dalam
tindakan, tawaduk, Bertawakal, Ikhlas, Bersabar, Berlapang dada dan
kuat berkerja.... silalah lawati www.usahawansejati.com atau boleh
berhubung terus dengan sayi di email zulkifli@usahawansejati.com
atau sms 012 4126085
Salam Kejayaan Dunia Akhirat
Zul
Salam,
Bertemu kembali, apa khabar anda semua. Moga sentiasa ceria. Aku sekarang ini di takdirkan begitu sibuk sekali. terlalu banyak pekara yang perlu aku lakukan. Aku mengaku aku memang ada masalah time management. Namun ketiga ini, peluang terbuka begitu luas, dan aku tidak mahu terlepas peluang yg sebegini.
Jika kita hendak berjaya secara konsistent, kita tak perlu mengambil semua peluang yg ada. Jika kena tahu apa yg kita lakukan akan membuat kita berjaya atau sebaliknya. Jika kita tidak yakin dengan sesuatu perancangan business kita, baik kita tinggalkan saja dan fokus pada plan business yang kita yakin kita akan berjaya.
Ketika ini, kita semua akan di TEST oleh belbagai peluang-peluang yg menarik. Kita akan melihat orang ini dan itu berjaya, dan kita pun kalu tidak ada ilmu akan ikut sini sikit sana pun sikit dan akhirnya kita mati kering di tengah-tengah. Maka berhati-hatilah kerana sebagai orang Islam yg cerdik kita tidak boleh jatuh ke lubang yg sama. Al Quran sudah banyak kali mengingati kita. Kita boleh melakukan kesalahan tetapi janganlah melakukan kesalahan yang sama. Kita perlu belajar dari kesilapan kita.
Kita juga hanya akan memperolehi apa yang kita usahakan sahaja. Jangan berfikir rezeki akan datang bergolek pada kita. Jangan berharap dalam MLM tiba-tiba ada leader hebat bergerak di bawah kita. The Law of attraction, kita menarik orang seperti kita. Kalu kita suka mengharap, maka kita akan menarik orang yang sama seperti kita. Jika kita bergerak active, maka kita akan dapat leader-leader yg active seperti kita.
Oklah setakat itu dulu dari aku kali ini. Bagi anda yang mahu terlibat secara serous secara part time dan membina business MLM yang sebenar hunbungi aku di 0124126085 atau email ke zulkifli@usahawansejati.com
Salam Keusahawanan
Zul
Salam
Apa khabar anda semua hari ni. Aku harap, kita semua dalam keadaan bahagia. Ya itulah perkataan yang sejuk di dengar.
Aku dah beberapa lama tak update blog ini, pertama kerana aku tak komit untuk duduk dan type. Banyak pekara yang aku nak bagi tau. Tapi cuma masa aku agak terlalu suntuk. Terlalu banyak Idea dan pekara yang memerlukan action dari aku.
Blog ini adalah mengenai perjalanan aku membina business Smart Naco bersama kumpulan Smart Success Team. AKu baru saja membina business ini selam 3 tahun setengah. Agak banyak kesilapan dan kesalahan yang aku telah lakukan. Namun yg paling menarik aku telah dapat belajar banyak ilmu-ilmu yang berguna secara practikal, bukan hanya teori semata-mata. Perasaan kita sangatlah berbeza jika sendiri alami berbanding dengan teori.
Pengalaman2 ini telah banyak merubah cara aku bertindak dan berfikir. Ianya juga telah membuatkan aku semakin dekat dan sayang pada keluarga aku. Aku tahu betapa pentingnya kekuatan kekeluargaan untuk terus maju. Aku sangat bersyukur mempunyai seorang isteri dan teman yang sangat memahami akan diri aku dan anak2 yang sentiasa menyokong aku dan memberi semangat pada aku.
Aku juga telah semakin ramai sahabat2 baru yang mempunyai fikrah dan pemikiran yang sama. Yang sanggup bersama-sama dalam dalam susah dan senang. Seperti kata pepatah, kawan waktu senang senag dicari, namun teman diwaktu susah memang susah sekali di cari. Namun dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang usahawan sejati menjadikan sebagai saringan untuk mencari rakan-rakan sejati. Bukan hanya kata-kata di bibir tetapi terbukti dengan perjuangan.
Alhamdulillah, Smart Naco semakin kembali bersinar, ramai Leader2 yang merasakan dunia di luar lebih baik, sudah merasai bahawa Smart Naco adalah syarikat yang terbaik setakat ini. Bayaran komisen tidak pernah terlewat, Product terutama Igg Plus qualitynya tidak pernah terjejas. Hari-hari aku mendapat testimoni yang tentang kebaikan product.
Jadi bagi anda diluar sana, jika anda mencari sesuatu sebagai permulaan keusahawanan anda, sila berhubung dengan aku untuk didik menjadi usahawan sejati dan bukan usahawan-usahawan hangat-hangat tahi ayam.
Salam kejayaan
Zul

Salam, Gambar di atas di rakam sempena majlis berbuka Smart Naco di Prai. Alhamdulillah ahli-ahli datang memenuhi dewan sehingga SPD Che Din, SPD Kaz dan En Yunus kena berdiri kat belakang. Dan sebenarnya ramai yg ada kat luar bilik meeting lagi. Taniah Smart Naco.

Aku di jemput berbuka posa bersama-sama anak Yatim di Penang. Cukup menginsafkan melihat anak-anak yang terpaksa berdikari dari usia yang muda. Sebelum berbuka, di adakan motivasi dan penerimaan sumbangan. Kami juga dihiburkan oleh 3 lagu nasyid yg sangat merdu. Aku kuatkan semangat untuk terus membantu rumah-rumah anak yatim seperti ini insyaAllah.

Hari terakhir persekolahan sebelum raya, aku di minta datang ke sekolah untuk memberi duit raya pada semua murid-murid sekolah yang seramai 342 orang. Lenguh juga tangan aku dok salam, Tapi pengalaman ini sungguh memberi kekuatan emosi pada aku. Aku cukup teruja bersalam dengan anak-anak kampung aku ini. Masa ini lagu raya di mainkan, semua tak belajar hari ni. Anak-anak aku happy sungguh.

Aku juga mencuri masa untuk bersama-sama keluarga berbuka posa di Hotel Seri Malaysia. Tahun ni budget kurang sikit, tahun lepas aku bawa family ke Hotel yang lebih baik, Namun syukur, anak-anak dan isteri berteima kasih dan depa pun happy juga. Program-program begini memberi motivasi pada aku berkerja lebih kuat dan memberi kebahagian pada keluarga tercinta.

Malam Raya. Anak-anak aku bermian di depan rumah. Aku jadi pengawas la, kita orang dewasa kena sentiasa memerhatikan mereka, Syukur semuanya selamat dan happy. Aku pun main juga heheh

Hari Raya pertama, sesudah balik solat sunat terus ke rumah Jiran untuk berhari Raya, dan lepas tu kami terus ziarah keluarga terdekat sampailah malam hari. Letih sungguh. Namun aku dapat juga beberapa prospek untuk business. Itu yg syok nya buat bisness ni, hari raya pun kalu ada kesempatan boleh membuat sales. heheh

Din Smart dari Shah Alam sudi mai beraya ke rumah aku pada hari raya ke 3. Dia mai sekeluarga. PD Ashriee tumpang sekaki heheh. Beginilah kita menrapatkan silahturahim, business pun semakin maju dan kawan pun semakin ramai. Jika anda suka kehidupan begini dan dalam waktu yang sama membuat duit silalah hubungi saya di zulrosmy@yahoo.com.sg atau sms nama dan alamat untuk dapatkan penerangan lanjut.

Alhamdulillah kawan lama aku semasa belajar di US datang melawat aku di Hari Raya ke 4. Kami terputus hubungan hampir 10 tahun. Beliau tinggal di Taman Tun Hussein KL. Isteri beliau pun dengar khabar dah dapat PhD. Yang menariknya beliau yg juga seorang Jutawan dah mula mengamalkan IgG plus setiap pagi untuk sarapan. Kami cukup baik semasa di Rolla Misouri dulu.

Aku sekeluarga pi Raya rumah SPD Che Din. Aku tetamu terakhir Che Din. Dalam kesempatan bertemu dapatlah juga berbincang tentang business Smart Naco.

Hari Isnin, kira officially hari keja pertama, pagi2 kami dah buat meeting untuk sasaran dan strategi terbaru untuk melahirkan lagi lebih ramai ahli-ahli SST yang berjaya. AKu berharap jika anda ingin bersama-sama kami dan bertekad untuk mengubah kehidupan anda, sila lah berhubung dengan aku untuk mendapat maklumat lanjut.
email pada zulrosmy@yahoo.com.sg
sms nama dan alamat pada 0124126085
Salam Syawal

Salam,

Happynya waktu berbuka heheheh.

Apa khabar? Kita dah di pecutan akhir Ramadhan. Moga kita dapat manfaat sepenuhnya.
Bila di akhir Ramadhan, agak sibuk pulak dengan prgram berbuka puasa. Ada saja jemputan. Maka ini sebenarnya menganggu juga program terawih. Namun itulah cabaran.
Semalam aku berbuka dalam kereta kerana tak sempat sampai ke rumah setelah appointment dgn customer agak lambat. Apa nak buat customer adalah bos kita. Lambat kerena waktu-waktu petang begitu memang waktu trafik yg sesak terutama di atas jambatan Penang tu.
Program buka puasa syarikat Smart Naco di Penang memang meriah. Kedatangan yg amat memerangsangkan sehingga tak cukup kerusi di buatnya. Sales malam tu pun aku tengok agak tinggi. Makanan pun sedap.
Semalam aku bertemu 2 orang downline akun yg dah lama menyepi di klinik secara kebetulan. AKu tanya tentang susu IgG plus. Rupanya depa ni masih nak susu IgG plus, cuma katanya upline terdekat dah tak de stock susu. Aku pun ambil contact number untuk makesure depa ni bergerak semula. Salam cakap2 tu ada seorang yang pernah menjadi mobile pun menyampuk dan berminat nak buat semula. Aku suruh dia rejoin group aku la. Katanya lepas raya boleh discuss.
Nampaknya dalam business kita ni, kita hanya perlu buka mulut dan barulah orang ketahui bahawa kita ni seorang yang memasarkan susu IgG plus. InsyaAllah rajin-rajin buka mulut dan promote di Internet.
Ok jumpa lagi
Salam
Zul
Salam Semua.
Maaf sebab lambat update. heheh. Ya apa khabar semua? Aku harap semua pembaca kat sini ceria-ceria selalu.
Bagaimana dgn Ramadhan kali ni. AKu berusaha, untuk menjadi Ramadhan kali ini yg terbaik. Memang aku rasa kurang sangat, namun masih berjuang untuk yg terbaik.
Perjalan minggu lepas ke HQ KL semuanya berjalan dengan baik. Minggu ni boleh dikatakan agak full dengan activiti kerja. Rasa lagi cepat masa berlalu.
Aku pun tak tau nak cerita apa, cuma bulan puasa pun aku hari-hari kena pos susu yang di order oleh customer. Walaupun bulan nak raya, masih ramai yg pentingkan kesihatan. Taniah aku ucapkan.
ALamak aku lupa bawa camera ke office, Nanti aku updatekan gambar minggu ini.
Ok itu saja.
Tip: Tindakan akan hasilkan RESULT. Duduk diam pun adalah tindakan.. cuma RESULTnya.....
Assalamualaikum dan Salam Sejatera.
Ketika ini Hujan lebat turun lagi. Mungkinkah Balik Pulau terputus hubungan lagi? Namun aku rasa di sinilah rasa tenteram menjadi tempat tinggal aku sekeluarga. Aku pernah duduk banyak tempat, tapi di sini terasa aman dan damai.Hari tu balik dari KL menghadiri training Internet Marketing, aku dan Zul Takaful tidak di benarkan melalui jalan utama kerana ditutup. Kami terpaksa pusing balik menggunakan jalan lama yang agak kurang selesa, namun Alhamdulillah samapi dalam 2.30 pagi. Begitulah tugas untuk mencari Ilmu, bukan senang nak dapat hehe.Internet Marketing ni sangat penting untuk aku dan TEAM terus maju dalam Smart Naco dengan menggunakan Internet, ilmu harus terus di updatekan selalu. Aku sekarang ni menggunakan bulan Ramadhan untuk terus apply ilmu yang di ajar oleh sifu SPD Kaz. Rupanya begitu banyak sekali cara dan behind the scene orang-orang yg berjaya dalam perggunaan Internet untuk berjaya sebagai carrer. Aku doakan, aku dan rakan-rakan berjaya. InsyaALLAh, kami akan terus menggunakan program latihan untuk membantu usahawan-usahawan sejati SST berjaya.
Kejayaan sebenar adalah datang dari kepuasan dan mengetahui apa yang kita lakukan selaras dengan kehendak agama. Tidak guna kita berjaya tetapi cara kita berjaya adalah dengan terpaksa menipu dan memburukan orang lain. Aku selalu berpesan pada diri aku dan rakan-rakan, beterus terang dalam menjalankan perniagaan Multi Level Marketing bersama Smart Naco ini. Sebenarnya ini adalah business kita, Kita dalam department Marketing dan Expansion. Maka kita mencari pelanggan baru dan servis pelanggan yg sedia ada. Kita harus menjalankan business berterusan, jangan tertipu dengan pesekitaran yang nampak macam mudah dan senang tetapi rupanya hanyalah perangkap kehidupan yang mengalihkan pandangan kita dari Matlamat Kejayaan kita.
Di bawah adalah gambar-gambar untuk berkongsi dgn anda.

Sebahagian dari Ahli Smart Success Team yang mengikuti Internet Marketing Workshop di Hotel Brisdale Kuala Lumpur.

Sambil menunggu berbuka, sempat berposing dengan En Ashriee dan En Azhar. Semua senyum je dah dekat buka posa katakan.

En Hafiz sedang dah tak tahan dengan hidangan istimewa bersama orang yg teristemewa yang ada bersama beliau. InsyaAllah ini adalah bakal-bakal SPD dalam Smart Success Team.
Sekian
Moga ibadat kita di terima dalam bulan yg mulia ini.