Powered by Bravenet Bravenet Blog

Inilah aku ngan wife....

journal photo

Subscribe to Journal

Sunday, February 15th 2009

11:23 PM

USAHAWAN SEJATI

www.usahawansejati.com

Salam semua

Apa khabar hari ni? Saya berdoa semoga kita semua dalam kebahagiaan.

Hari ni saya banyak review ucapan-ucapan orang-orang yang berjaya. Bila saya ambil
saya dapati idea dan isi mereka bercakap pada beberapa pekara pokok. Tidak lari dari
beberapa pekara yang mereka ulas secara berlainan dan terpulang pada siapa yang
suka atau faham pekara itu.

Salah satu contoh pekara pokok itu ialah kita adalah orang yang mengambil keputusan.
Decision maker. Kita sentiasa membuat keputusan atas beribu pekara setiap hari.
Cuma banyak keputusan yang dibuat secara tidak sedar menggunakan otak separa sedar
tinggal beberapa pekara besar yang kita kena buat keputusan supaya di ambil alih oleh
otak separa sedar.

Cuma kita saja yang tidak tahu mengambil keputusan yang mengarah kepada matlamat kita.
Bukan saja kita tidak tahu tetapi mengambil keputusan ketika kita beremosi dan tidak
tenang. Maka ketika berkaadaan demikian maka keptusan kita adalha tidak pure atau
tidak jelas, maka tindakan kita pun seolah-olah tiada tenaga. Tambahan pula kita ada
mempunyai ego, sudah tentu keputusan kita yang tidak begitu pasti tadi di support
oleh rasa emosi marah, dendam, merajuk dan sebagainya. Akhirnya perjalanan kita
tidak kemana, kerana keputusan kita ambil tadi tidak berlandaskan pekara sebenar.

Dalam kehidupan sebagai usahawan ini, kita perlulah lebih tenang untuk membuat keputusan,
kerana sekarang tidak ada orang lain lagi akan menghalang keputusan yang kita ambil
kerana kita sekarang adalah boss sendiri dalam business kita. So saya menasihatkan
kepada diri saya dan anda usahawan usahawan sejati di luar sana, jika keputusan penting
hendak di buat eloklah berbahas dan berbincang dengan rakan-rakan usahawan yang ikhlas
memberi pendapat. Maka setelah itu, pada ketika yang tenang, kita ambilah keputusan.
Dan selepas itu teruslah mengambil tindakan berterusan, InsyaAllah kejayaan milik kita semua.

Namun berhati-hatilah jika niat kita tidak betul, seperti kita mahu meruntuhkan orang
lain ketika kita hendak membangunkan kita, maka kita tidak kemana malah kejatuhan
sedang menanti kita. Kita tenangkan diri kita, dan kita binalah bersama-sama business
kita dengan rasa ketenangan dan harmoni, maka dalam LOA, kitalah yang akan berjaya.

So usahawan-usahawan sejati.. kita akan terus membina business SST dengan rasa ketenangan
dan keharmonian. Maka matlamat kita yang sebenar ialah berjaya membantu lebih
ramai usahawan yang yang ikhlas dan bahagia. Akhirnya kita akan dunia akhirat dengan
lebih selamat.

SAlam Ukhwah

Zulkifli Hassan

www.usahawansejati.com

0 komen?.