Powered by Bravenet Bravenet Blog

Inilah aku ngan wife....

journal photo

Subscribe to Journal

Wednesday, January 7th 2009

7:31 AM

2009

  • Mood: ALHAMDULILLAH

Salam

Apa khabar semua. Ini adalah entry aku yg pertama pada tahun 2009,

sudah pun 7 hari kita melangkah ke tahun 2009, masa berlalu semada

kita suka atau pun tidak. Masa terus berdetik, dan kalau kita tengok

balik ada orang yang menjadikan 2008 adalah tahun kejayaan dan ada

orang yang gagal dan kebanyakan dari kita tidak tahu semada berjaya

atau tidak atau mereka ini tak kisah. Mereka tidak kisah kerana

mereka pun tak tahu apa yang mereka hendak. Mereka hidup dengan

routine yang sama setiap hari. Namun itu itulah pilihan masing-

masing.

Aku sebelum menjadi usahawan hidup seperti kebanyakan orang, dan

berjumpa orang yang agak sama setiap hari, iaitudi ofis dan di

Taman, dan boleh dikira perkembangan Minda hanya sekadar tahap yang

sama. Namun sesudah menjadi usahawan sepenuh masa dan berjumpa orang

yang berlainan dan boleh dikatakan aku berjumpa dengan yang baru

dikenali setiap hari.

2-3 malam lepas beberapa orang yang baru aku kenali datang ke ofis

aku untuk berbincang akan business. Cukup menyeronokan kerana mereka

semua berfikiran usahawan, yang nampak bidang sales dan keusahawanan

adalah bidang yg mereka mahu belajar. Aku boleh dikatakan belajar

dan dapat memahami kehendak kawan baru. Semalam boleh di katakan

masa cukup padat dengan activiti yang aku suka. Walaupun rasa macam

penat namun semangat aku mengatasi segalanya.

Maka tahun 2009, aku mempunyai GOAL yg sangat tinggi dari

sebelumnya. Perancangan sudah pun siap 90%. Dan aku sudah nampak

masa aku begitu padat termasuk aku perlukan masa yang berkualiti

bersama keluarga, kerana merakalah menjadi asset yang utama pada

aku, merekalah juga menjadi pembakar semangat aku untuk menjadi

JUARA dalam setiap bidang yg aku ceburi.

Mari kita sama-sama menjadikan tahun 2009 tahun yang terbaik yang

pernah berlaku pada kita dan jangan biarkan 2009 menjadi tahun

kesilapan yang buat berulang-ulang kali. Marilah kita tingkat

peningkatan pemikiran kita dan kita berani belajar dan mengambil

tindakan yang baru supaya kita berjaya MENEROBOH SEMPADAN PEMIKIRAN

KITA.

Oklah setakat ini dahulu. Jumpa lagi
ZUl

PS TANIAH untuk Kak Mala kerana menjadi CHAMPION SPonsoring new SST

member untuk Nov 08 dengan 7 0rg baru

TANIAH pada Che Din kerana Menjadi CHAMPION sponsoring new SST

member untuk bulan DEC 08 dengan 11 orang dan 1 St Runner up Kak

Mala dengan 5 orang. Puan Hamidah seorang.

Month to Date:JAn 09: Che Din dengan 2 orang sudah. Aku baru sorang.
info ini aku track secara manual saja selepas mendapat laporan dari

mereka yang sudi update aku selalu. Dan sebenarnya ramai lagi SST

member yang sponsor dan tak update aku. Anda boleh update pada aku

dan aku masukan dalam list.

CHAMP ada hadiah istimewa setiap bulan.

0 komen?.